Sabtu, 8 Oktober 2011

Amalan-amalan berpantang selepas bersalin

http://tapaulauk.blogspot.com

Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikut tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami.

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati yang beberapa amalan pantang-larang ada kebaikannya. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan urut-mengurut.

Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun dahulu. Elemen-elemen itu ialah:
• tanah, yang bersifat kering;
• api, bersifat panas;
• udara, sejuk;
• dan, air, bersifat basah.
Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang.

Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkannya bagi membantu wanita desa.

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua pantang-larang sebab tiada keluarga dan masyarakat keliling untuk menyokong seperti kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:
• bidan kampung;
• pengasuh khusus;
• emak sendiri atau ibu mertua.
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari.

Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu. Baca lebih lanjut mengenai:
• Bengkung
• Urut-mengurut
• Jamu
• Bertungku
• Mandi-mandian herba dan akar kayu, serta amalan-amalan lain

Ahad, 2 Oktober 2011

Laman Utama


Sajian yang disediakan oleh pembekal Tapau lauk .com merupakan hasil masakan dari dapur individu. Ianya disediakan oleh suri rumah yang berpengalaman dalam menyediakan sajian untuk keluarga mereka. Terjamin kebersihan dan kualitinya kerana makanan yang sama juga akan dihidangkan untuk keluarga mereka.
Selain dari itu dengan penyeliaan yang ketat oleh badan piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practice) bagi menjamin hanya bahan-bahan yang suci dan bermutu digunakan bagi menyediakan hidangan untuk anda. Tukang masak yang terlibat telah diberikan kursus mengenai cara menyediakan masakan secara syarak.
Kami telah mengumpulkan lebih 1,00 jenis resepi lauk dan sayur untuk hidangan anda. Menu-menu tersebut kami susun atur dengan cara yang sesuai dengan kaedah pemakanan seimbang. Ini adalah bagi menjamin anda mendapat bukan saja makanan yang seimbang tetapi juga mengikut lunas-lunas Islam.
Setiap bulan menu yang berlainan akan disajikan dan anda tidak perlu risau tentang keperluan selera anda. Perunding diet Tapau lauk .com sentiasa memastikan semua menu yang ditawarkan kepada anda adalah seimbang, berkualiti serta sesuai untuk kebanyakan orang.
Anda juga dari masa kesemasa boleh menyumbang atau mencadangkan resepi atau menu yang sesuai untuk selera diri anda dan orang-orang lain.
Jika anda adalah seorang yang mementingkan penjimatan disamping kesimbangan diet, Tapau lauk .com adalah pilihan terbaik anda.
Tidak perlu menunggu lagi. Segera rujuk menu sajian untuk bulan hadapan dan mulakan tempahan anda segera !!.