Ahad, 13 November 2011

Menu minggu ni, Isnin

http://tapaulauk.blogspot.com

Menu minggu ni, Isnin

Nasi Berlauk @ lauk Sahaja



Daging Masak Merah

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 bijik bawang besar dimayang
  • 1 bijik cili capsicum hijau
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
  • garam secukup rase...
  • klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup... tak der kat dapur so tak letak...
Cara-cara
  1. Tumiskan bawang besau.. bawang putih n halia sehingga kekuningan
  2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak ngat...
  3. Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi saya tak letak sbb tak elok lah....
  4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
  5. Masukkan cili capsicum hijau tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang..
  6. Bleh makan ngan nasik putih.. atau jadikkan lauk nasi goreng USA 




Hidangan semasa berpantang ( Bagi ibu2 selepas bersalin)

Daging Goreng Kunyit

Bahan-bahan 

  • 300 gram daging lembu
  • 1 inci kunyit hidup
  • bawang merah
  • bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/4 biji cili benggala hijau
  • garam
  • minyak masak

Cara-cara

  1. Hiris daging tu nipis2. Kemudian tumbuk kunyit, 2 ulas bawang putih serta garam secukupnya. kemudian gaulkan dengan daging tadi. Perap seketika.
  2. Masukkan daging yg diperap tadi kedalam kuali, kemudian nyalakan api. Daging tersebut hendaklah digoreng tanpa minyak sehingga air dari daging tersebut kering. Kemudian bolehlah dimasukkan minyak.
  3. Goreng daging tersebut sehingga keperang-perangan. Kemudian masukkan daun kari. Kacau seketika, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili benggala. Kesemua bahan2 tersebut di hiris nipis-nipis @ ikut suka. Jumlah bawang merah dan bawang putih yang hendak digunakan terpulang pada individu.
  4. Goreng kesemuanya sehingga masak. ok..siap

Tiada ulasan: