Rabu, 26 Oktober 2011

Harga

http://tapaulauk.blogspot.com
Harga kami yang sungguh berpatutan....


Menu berpantang   
Lunch & Dinner    

penghantaran untuk tempahan makan 
tengahari dan malam dibuat dengan sekali
penghantaran setiap hari.
RM 30 p/day 
20 penghantaran


Menu Percubaan Nasi Berlauk   
Lunch / Dinner      
Min 2 Nama              
RM 25 p/day 
10 penghantaran

Menu Nasi Berlauk     
Lunch / Dinner                                         
RM 12 p/day 
20 penghantaran

Menu Lauk Sahaja Utk 2 Orang Makan     
Lunch / Dinner                          
RM 20 p/day 
20 penghantaran

Menu Lauk Sahaja Utk 3 Org Makan    
Lunch /Dinner                         
RM 25 p/day
20 penghantaran

Menu Tambahan ( bergantung pd selera dan pilihan pelanggan )
Laksa
RM 50.00
5 kali penghantaran dalam 20 hari tempahan sahaja.
Pilihan hari mengikut kesesuaian dan selera pelanggan..
3 bungkus sehari dihantar bersama pesanan bulanan.

Khamis, 20 Oktober 2011

Menu sajian dalam pantang

http://tapaulauk.blogspot.com
Tempahan untuk menu dalam berpantang .
  • Menu berpantang ini disediakan khusus untuk ibu yang baru lepas bersalin atau dalam perubatan.
    *Minimum tempahan adalah 20 hari bekerja .

    *Tiada tempahan dan penghantaran untuk sabtu dan ahad juga cuti umum.
    *Harga menu berpantang adalah RM600 untuk minimum 20 hari bekerja .
    *Tempahan makanan adalah untuk makan tengahari dan malam tanpa nasi.
    *Penghantaran untuk tempahan makan tengahari dan malam dibuat dengan sekali penghantaran setiap hari.
    *Penghantaran percuma hanya tertakluk kepada kawasan liputan sahaja.
    Setiap menu masakan, mempunyai nasi, sayur, buah dan tiga jenis pilihan lauk iaitu ayam , daging lembu , atau ikan. Pihak pelanggan boleh membuat pilihan samaada ingin memilih ayam atau daging atau ikan yang mengikut selera pelanggan jenis masakan adalah mengikut jadual makanan diatas. Tempahan adalah secara bulanan dan harganya ialah RM14 bagi satu pek termasuk kos penghantaran adalah percuma.    ( Klik zon penghantaran )     



 

Selasa, 18 Oktober 2011

Zon Liputan Penghantaran

Penghantaran Percuma
Selangor. ( Liputan 10km dari PJS 6/1 Kg Lindungan )

Phase 1 - Shah Alam
               Subang Jaya
               Sunway
               Glenmarie.
               Kelana Jaya
               Kg Lindungan.
               Kg Medan.
               USJ

Wilayah Persekutuan

Phase 2 - KL City Center Area.
                Bangsar
                Pusat Bandar Damansara
               

View Larger Map


Seremban 


Phase 3 - Taman Warisan Puteri
                 Taman Desa Rhu Sikamat
                 Taman Sri Pulai
                 Temiang
                 Ampangan
                 Paroi
                 Bandar Seremban
View Larger Map

Isnin, 17 Oktober 2011

Kotak penghantaran sajian

http://tapaulauk.blogspot.com


 

  LUNCH BOX ( 2 TRAY)


LBX 782
Product Size: L250 x W170 x H70 (mm)
Colour: Blue , Pink, Green, Orange
Capacity: 1.9 Litre
Packing Size: 12 pcs / 8 packs
Carton Size: L690 x W510 x H470 (mm)

 

LUNCH BOX ( 3 TRAY)

LBX 783

Product Size: L250 x W170 x H70 (mm)
Colour: Blue , Pink, Green, Orange
Capacity: 1.85 Litre
Packing Size: 12 pcs / 8 packs
Carton Size: L690 x W510 x H470 (mm)

 RM 10.00 p/box
Kotak yang telah di labelkan bagi memudahkan proses penghantaran sajian.
Kotak yang disusun mengikut zon laluan bagi proses penghantaran sajian.







Bag ( Chiller Bag) yang digunakan untuk penghantaran. Bag ini boleh tahan kepanasan dalam masa 3 - 4 jam. .

  






Ahad, 16 Oktober 2011

BERPANTANG EMPAT PULUH EMPAT HARI




    Selama empat puluh empat hari, dikira dari hari pertama bersalin, adalah diadatkan kepada ibu tersebut untung menjalani pantang. Ini bererti ibu tersebut ditegah daripada makan sebarangan mengikut kehendaknya atau membuat apa-apa jua kerja rumahtangga, walaupun bangun berjalan meninggalkan tempat tidurnya. Selepas tujuh hari barulah ibu tersebut dibenarkan berjalan sedikit-sedikit, itu pun hanya di dalam rumahnya sahaja. Pantang ini adalah dianggap suatu perkara yang penting sekalipun ibu tersebut merasakan yang dia sudah boleh membuat sebarang aktiviti seperti biasa dilakukan. Ketika dalam berpantang, ibu tersebut akan dikehendaki memakai stoking atau membalut kakinya dengan kain bagi mengelakkan angin memasuki badan. Di dahinya pula akan dilumurkan ubat yang bertujuan menarik angin keluar dari badan.

Berpantang bukan sahaja melibatkan pemakanan dan kesihatan diri ibu tersebut. Si suami juga tidak digalakkan untuk meniduri isterinya ketika si isteri sedang berpantang. Ini kerana dalam tempoh berpantang, si isteri akan berasa lemah badan dan sakit ketika bersalin masih belum hilang sepenuhnya. Selain itu, isteri juga akan mengalami darah nifas yang hanya keluar selepas bersalin dan keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa bagi isteri untuk didatangi suaminya.

Di antara ubat yang dipakai dan dimakan oleh ibu bersalin biasanya adalah ubat yang diberikan oleh tok bidannya sahaja. Selain daripada ubat yang dimakan dan dipakai, ibu tersebut juga akan menjalani kaedah bertungku (tuam) di perutnya sehari sekali selama tempoh pantangnya. Ada sesetengah bidan menggantikan kerja-kerja bertungku dengan berdiang. Ibu-ibu akan diberikan makanan yang boleh mendatangkan sumber darah di dalam badannya bagi menggantikan darah yang telah banyak hilang semasa bersalin, contohnya limpa dan hati. Makanan tersebut juga akan dimasak mengikut cara tertentu yang boleh membantu menghilangkan angin di dalam badan dan mengecutkan segala urat saraf yang telah mengembang. Ibu-ibu juga biasanya dinasihatkan memakan jamu yang dapat memulihkan semula tenaga dan memperbaiki tekstur dan bentuk tubuh badan mereka seperti sediakala.

Namun begitu, bagi masyarakat sekarang, bersalin di hospital adalah lebih selamat dan mudah. Walaubagaimanapun, pantang larang selepas bersalin akan tetap diamalkan dalam masyarakat Melayu untuk menjamin kesihatan ibu tersebut.








 

Sajian semasa pantang


http://tapaulauk.blogspot.com
 
Sup Ikan Haruan.
Info. Ikan Haruan membekalkan protein dan albumin yang  tinggi , membantu penyembuhan luka dengan cepat.
 
Ayam Halia Kukus
Info: Bawang Putih merupakan sumber antibiotic terbaik dunia. Ia digunakan untuk membina ketahanan badan.                    

 

Ayam masak lada hitam
Info: Jintan Putih digunakan bukan sahaja kerana aromanya. Ia juga membantu mereka yang mengalami masalah sukar tidur malam.
Ayam Halia Kukus
Info: Bawang Putih merupakan sumber antibiotic terbaik dunia. Ia digunakan untuk membina ketahanan badan.
 
Bawal Kukus
Info: Selain tinggi protein, ikan bawal juga kaya dengan pelbagai mineral yang dapat mengimbangkan khasiat yg diterima oleh tubuh.


Daging Kunyit
Info : Selain serat yang tinggi ada pada daging, ia juga membekal pelbagai mineral  penting untuk tubuh..
 Daging lada hitam
Info : Daging lembu mengandungi lemak tepu yang tinggi. Walaubagaimanapun , ia mengandungi kolesterol yang rendah. Pengambilannya akan membekalkan tenaga.

Haruan goreng rempah.
Info : Biasanya mereka yang berpantang digalakkan makan nasi yang panas dan minuman yang sesuai iaitu air akar kayu. 
Ikan masak pindang.
Info :  Lebih banyak halia dan bawang putih lagi bagus untuk pembuangan angin. Kurangkan lada hitam sekiranya menyusukan bayi.

Kari Ikan Merah
Info : Ikan merah di klasifikasikan sebagai  ikan rendah lemak dan berprotein tinggi.. Ia membantu untuk pengambilan lemak yang seimbang.

Tenggiri Goreng Halia
Info: Minyak bijan memberikan aroma yang menarik selain membantu pertumbuhan dan menghitamkan rambut..
Ikan Gelama Kering
Info: Resipi ini selalu disediakan di   negeri Pantai Timur.

Ikan Bilis Daun Kari
Info : Daun kari merupakan herba yang digunakan untuk menguatkan perut dan penghadaman. Ia juga digunakan sebagai laksatif ( julap) lemah untuk mengatasi sembelit dan menghilangkan rasa mual dan loya.